Saturday, May 14, 2016

Penerangan Dan Penjelasan Mengenai Pelan Kadar Panggilan Simkad OneXOX

Slogan yang selalu dilaungkan oleh pengguna simkad OneXOX adalah SIMKAD MURAH dan juga SIMKAD JIMAT. Jadi di manakah yang disebutkan murah dan jimat itu? Adakah ianya sekadar slogan yang kosong atau slogan yang berisi? Di artikel ringkas ini izinkan saya membuat perkongsian dengan anda tentang harga simkad onexox ini termasuk dengan kadar call panggilan yang bakal anda nikmati jika anda pakai simkad onexox ini. Jom baca tulisan saya di bawah ini.

Harga simkad onexox hanyalah RM10 sahaja dan mempunyai baki kredit tersedia sebanyak RM5. Jadi untuk slogan simkad murah, ianya sudah tercapai. Harga simkad RM10 adalah harga biasa di pasaran. Di sebabkan simkad onexox ini termasuk sebagai salah satu simkad buat duit jana pendapatan, ramai yang menganggapnya akan sedikit lebih mahal dari simkad umum biasa, tetapi ianya tetap dijual RM10 hampir sama seperti simkad biasa yang ada di pasaran.

Bagaimana dengan slogan jimat? Apabila kita sebut simkad JIMAT, yang terfikir dalam otak kita ianya adalah tentang simkad yang memberikan kadar call panggilan yang memang menjimatkan. Seperti yang anda tahu, simkad onexox dikategorikan sebagai simkad buat duit. Dan simkad buat duit tidak boleh dibandingkan dengan simkad biasa yang tidak buat duit. Jadi sudah tentu tidak adil untuk membandingkan kadar panggilan dari simkad buat duit dengan simkad biasa kerana kita faham simkad buat duit akan mengenakan kadar panggilan sedikit lebih mahal kerana terpaksa membayar komisen buat pesertanya.

TETAPI!!!! Simkad onexox bukan begitu. Meskipun ianya salah satu simkad yang memberikan pendapatan buat pesertanya, jangan terkejut kalau saya katakan kadar panggilan yang dikenakan adalah lebih kurang sama atau lebih jimat berbanding simkad biasa yang ada di pasaran sekarang. Anda sendiri boleh semak kalau tidak percaya.

Di bawah ini saya kongsikan kepada anda akan cas kadar rate panggilan dan juga sms yang dikenakan jika anda menggunakan simkad onexox ini.

Kadar Panggilan Lain Rangkaian = 9 sen / 30 saat @ 18 sen / minit
Kadar Panggilan Sama Rangkaian = 7 sen / 30 saat @ 15 sen / minit
Kadar Panggilan Untuk 10 rakan dan keluarga = 6 sen / 30 saat @ 12 sen / minit

Kadar SMS Lain Rangkaian = 10 sen / sms
Kadar SMS Sama Rangkaian = 5 sen / sms
Kadar SMS Untuk 10 rakan dan keluarga = 2 sen / sms

Kebanyakkan syarikat telco diluar sana mengenakan cas TERUS untuk 1 minit. Dengan kata lain, kalau anda buat panggilan kurang 30 saat pun anda akan terus dikenakan cas sebanyak 1 minit penggunaan. Contoh, syarikat telco kenakan cas 20 sen seminit. Dan tiada cas 30 saat. Maka anda pun buat panggilan selama 15 saat. Anda perlu bayar 20 sen terus kerana dianggap anda membuat panggilan 1 minit.

Telco OneXoX memperkenalkan kadar panggilan mengikut 30 saat. Kadar panggilan ke lain rangkaian adalah 18 sen seminit. Tetapi anda hanya membuat panggilan selama 20 saat sahaja. Dan syarikat onexox hanya mengenakan anda cas sebanyak 9 sen sahaja kerana panggilan yang anda buat adalah di bawah 30 saat iaitu 9 sen dan bukannya 18 sen sekaligus.

Jika anda bandingkan kedua dua keadaan ini. Anda akan perasan yang anda akan menikmati lebih penjimatan jika anda menggunakan simkad onexox ini. Ianya bukan slogan dan omong kosong. Ianya adalah slogan yang berisi dan BENAR. Saya harap anda faham, jelas dan berpuas hati dengan kadar call onexox ini dengan penjimatan yang diberikan. Sebelum saya terlupa. Dengan simkad onexox ini anda akan dapat validity expired selama 2 tahun 4 bulan dan juga 1800 free sms selama 1 tahun mengikut terma dan syarat. Berminat sila whatsapp saya untuk beli simkad ini. Sekian

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hubungi saya melalui maklumat di bawah ini
Simkad OneXOX Facebook : 
Whatsapp (message only) : 017-4836797 (saya invite anda masuk group)
Daftar Dan Dapatkan Website Promosi Anda (Autodownline) Di Sini : [ Click Here ]